Pekerja Asing

Ada sorang skilled labour tempat ucu ni tetiba pengsan.. bila dia sedar.. org panggil2 dia tak nyahut… lama jugak la nurse tu panggil2 dia.. tp dia macam khayal.. Tanya nama tak jawab.. Tanya kenapa tak jawab.. Tanya dr mana sekali dia jawab dr Indonesia.. ucu yg dgr aje mula2 tu g la dok panjat cabinet tu nak tgok sapa.. hehehe (bukan kepoh la.. tp prihatin…ahaks!!).. sekali diorang Nampak ucu.. diorang panggil.. “fanor please translate”… hahaha… ucu pun bergegas la ke sebelah dgn harapan utk menjadi penyelamat seantero dunia.. cam ultraman..

Tanya nama.. tak jawab… mata gerak kiri kanan.. Tanya breakfast ke tak… pun tak jawab… ye la kan.. org tak breakfast ni selalu kena pitam2.. cam ucu… sekali dia jawab.. “anak saya sakit..mungkin sudah mati”.. err terkedu ucu… rasa nak nangis pun ada.. kesian tgok dia.. dia dtg opis ni nak mintak pelepasan.. kerja kat Qatar bukan cam kerja kat mesia.. bukan main senang2 nak balik negeri.. kalau takde exit permit.. jgn harap ko nak kuar.. bila time2 emergency cam gini.. terpaksa la sabar..
Wahyu nama dia.. bila ucu check hp dia, dia ada call wife dia pukul 5 pagi.. mungkin dia dok tahan perasaan dia dr pagi… sampai sini.. dah tak boleh control.. tu yg sampai terjelepuk tu.. dia ada kata “saya stress”.. maybe dia fikir sangat.. dia bgtau dia muslim.. so ucu suruh dia sabar.. ingat Allah.. istighfar.. sampai la paramedic datg pun dia masih tak boleh cakap apa2.. kecuali nak cakap ngan kawan dia.. ngan ucu.. sedih betul… nak ke Indonesia dah makan 8 jam.. nak ke tempat dia dah amik masa 4 5 jam… aduhai.. kesiannn…

Bila ucu baca news tentang pekerja asing kat M’sia.. kadang2 timbul rasa simpati.. tak dinafikan.. ada sebahgian dr mereka ni memang tak leh bg muka.. amik kesempatan.. tp tak semua begitu.. kalau korang tgok labour2 kat sini.. insaf dan simpati pasti ada.. kesian kat mereka.. kerana nak mencari rezeki.. sanggup datg tmpat org.. walaupun kena tindas.. yg penting dapat duit utk hantar kampong halaman.. ada sebhagian dr kita, pandang pekerja asing tu mcm hina benar.. kena ingat.. sekurang2nya diorang sanggup susah payah.. demi utk anak2 dan isteri.. terpaksa kerja siang malam… harap kan kerja overtime.. kalau diorang takde overtime.. balik kerja.. menangis.. sebb tak dapat hantar duit lebih ke family.. kadang2 terfikir mcmana mereka yg gaji setakat 600 riyal ni leh survive kat Qatar ni. 600 kalau mesia dah kira besar.. kalau Qatar, dgn taraf hidup tinggi, barang2 mahal, apa yg dapat.. kalu dah hantar kampong ¾ gaji.. dia tinggal apa?.. korang fikir lah.. sedih tak sedih kita yg tgok ni.. kalau kat m’sia kita rasa diorang ni menganggu lah apa lah.. nak suruh pakai badge la.. tu lum lagi yg bapak2 p@#%!i suka mengepau labour2 ni kat rumah kotai diorang.. 9ingat ucu tak tau!!) ..kena ingat.. apa pun diorang tetap manusia.. kadang2 keadaan menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan.. manusia.. ada baik ada jahat.. tp jgn la sebb mereka org asing.. kita rasa diorang jijik.. kita ni ha yg patut rasa jijik ngan diri sendiri.. sebb kita yg pandang dia jijik.. mungkin ada yg tak setuju ngan ucu.. tp cuba meh dok sini.. baru tau camana rasa.. insaff tau tak!!!

Advertisements

2 thoughts on “Pekerja Asing

  1. Btol! Orang yang pndang rendah pada pekerja asing ni yang jijik! Aku kalau tengok diorang yang betul2 datang nak cari rezeki utk keluarga ni, memang menangis dalam hati. x sampai hati. terasa2 dalam hati, kalau akulah orang kaya, aku hire semua sekali, dan pastikan diorang layak dapat apa yang sepatutnya. Ksian sangat2!

  2. tul tu aweng.. sedih kalau tgok diorang ni.. kat sini.. pakcik2 dr afghanistan.. dah tua2.. kerja bawak crane, angkat batu.. sedih.. semata2 nak carik rezeki.. ada yg duduk ats bumbung rumah org…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s