Bukan sempurna

Diri ini melihat bagaimana seorang ibu dinafikan haknya sebagai seorang ibu. Pilu luluh hatinya. Seolah-olah ibu itu tidak wujud. Menumpang kasih dengan saudara mara. Menangis hati dan mata ketika mengenang kisahnya. Dari hati terseksa, kembali kepada Allah adalah yang terbaik buatnya. Kita kena ingat, tidak kiralah ibu atau ayah, wajib untuk kita menghormati mereka. Siapa pun mereka, walau bagaimana sikap mereka.. wajib untuk kita menghormati mereka. Wajib itu tiada kompromi. Buat dapat pahala. Biadab bukan perkara enteng apatah lagi terhadap ibu bapa. Tingginya nada suara sudah cukup buat mereka kecil hati. Menangis hati mereka tiada siapa yang tahu. Pasti menjadi igauan jika terkasar bahasa, terfikir-fikir bagaimana cara untuk meminta maaf. Darah orang muda memang mudah meluap-luap untuk menunjuk rasa marah. Sehingga lupa adab dan dosa terhadap ibu bapa. Jangan kita lupa siapa yang membesarkan kita. Susah payah mereka. Apatah lagi kalau kita dtg dari keluarga biasa-biasa. Bersusah payah memberi kita makan, menjaga ketika sakit supaya kita membesar dengan sempurna. Berusaha mencari duit untuk selesa.

Menghormati ibu bapa adalah dituntut oleh Allah. Banyak kebaikannya, banyak hikmahnya. Percayalah, restu ibu bapa terhadap kita membawa kepada keberkatan rezki dan kebahagiaan hidup. Tanpa sedar Allah beri nikmat yang tidak disangka-sangka. Rahmat Allah sentiasa dirasai. Kerana itu orang yang susah tetap rasa bahagia dan insyallah bertambah rezkinya. Bila dekat memang tidak terasa, bila jauh.. hati terasa-rasa untuk bersama. Bila hidup mereka dilupa, bila tiada.. menyesal tidak cukup menabur jasa kepada mereka. Dalam kita mencari dan mengejar bahagia untuk kita, jangan dilupa tentang mereka. Mereka juga berhak utk rasa bahagia dan disayangi.

Cukup cerita tentang ibu bapa kali ini, yang penting sentiasa berbuat baik dan juga bersangka baik terhadap mereka.

p/s: andai mampu ku ulang masa lalu

Advertisements

One thought on “Bukan sempurna

  1. laa ada lagi, kak ingat dah tahu senyap dan beribadah renungkan diri sendiri untuk jadi ibu yang baik.

    dok sebok cerita hal ibu dan parent ni tak malu ke yang diri tu tak akan mampu jadi ibu dan parent dalam suasana sekarang?

    so tak usah lah dok sebok nak cerita hal ibu dan sebagainya, cuba lah berusaha mencari jalan supaya diri sendiri tu lepas dari malu dengan manusia sekeliling dengan kemandulan yang ada.

    Allah biasanya menolong sesiapa yang berusaha membantu dirinya sendiri. Walaupun fanor tak suka kedai akak, fanor cubalah kedai lain. Tapi cuba lah usha jangan jadi malas macam mak datin kanak kanak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s