Busy

Lama sangat tak tulis.. busy kemain.. busy dgn kerja.. baru beberapa bulan kat department ni kan.. so.. pelan2 kayuh.. menuju ke puncak.. gituuu..

takde la banyak sangat yg jadi.. semua macam biasa aje.. weekend dok pegi pantai relax2.. pegi breakfast dengan kawan2.. jumpa caliph.. carik kain baju raya.. heehee

and kawan ucu dr Malaysia baru kerja di Qatar.. jumpa dia selepas 12 tahun.. semoga maju jaya dan bertahan jadi perantau di Qatar ni.. hehehe
not much to show or say.. just some photos..
 

       

p/s: life is full of surprises.

Advertisements

Stop jadi pembeli

On 1st March 2015, ucu officially akan bertukar department and position.. kalau dulu ucu di Procurement Department as a buyer.. now ucu akan masuk contracts department.. masa boss ucu bgtau yg ada orang nak jd buyer ni.. masa tu berbunga2 jugak hati.. sebb masa ucu berhenti dr company lama.. manager tu bgtau ucu.. kalau ada peluang untuk masuk contracts.. grab.. and ex-boss contracts pun banyak kali ajak masuk sebenornya.. but ucu anggap itu hanyalah gurauan.. hehehe.. almost 5 years ucu dgn company ni.. keje as buyer.. takde la susah.. senang aje keje buyer ni.. tp yg mencabar dan susahnya adalah apabila kena deal dgn engineers or kata lain end user/proponent.. ada agak tricky di situ.. because I have to control my anger towards their stupidity.. hehehe.. (perasan pandai sangat la aku kannnn).. Sometimes la diorang ni akan act smart and layan kita mcm kita ni bodoh sangat.. (dia yg bodoh ke ucu yg bodoh ni.. hahaha).. to deal dgn manusia bukan senang.. sbb hati kena jaga.. kita pun masing2 kawan2 kan.. tak mau la gaduh sbb benda bangang2.. and ucu tak rasa bertikam lidah dan harsh word adalah cara terbaik nak deal dgn orang2 ni..

itu belum lagi dealing dgn supplier yg degil2.. hehehe.. yg suka delaykan quote submission dan delay itu ini.. ada aja alasan.. kata email or RFQ tak receive la itu la.. mcam kita ni buta IT sangat.. bukannya ucu tak boleh track and monitor activities diorang.. kadang2 mulut ucu lancang juga la.. bg sebijik kat supplier.. memang sound direct aje.. hehehe.. well.. itu je la yg payahnya jadi buyer ni.. kalau setakat cut PO itu mudah aje.. 5 minit siap.. sap sap soiiii…
perpindahan ucu ke contracts department ni adalah satu kebetulan sebb ada sorang org kat contracts ni nak move pegi procurement.. why? I don’t know.. tak berani nak tanya lebih2 kenapa.. pada mula boss bgtau ucu.. ada la rasa sikit terkilan.. sebb seolah2 tidak dihargai.. sentap gitu.. dah nak masuk 5 tahun keje kat dept tu… bila boss bagi orang lain amik kita.. rasa macam .. err.. aku tak cukup bagus dah ke buat keje selama ni.. but bila fikir balik.. good move for me..

dalam masa beberapa hari yg diberi untuk membuat keputusan.. ucu tanya orang sana sini.. tanya pakcik2 dlm department ucu tu.. hehe.. tanya kawan yg keje contracts.. semuanya member jawapan yg positif.. “pindah je” “ pegi jek” “bagus la tu.. grab it”.. dan yg paling saiko adalah husband la of course.. beriya2 bersungguh2 suh ucu pindah dept.. mintak petunjuk Allah.. berikan keputusan yg terbaik.. sampai la hari kena bg decision tu.. ucu still lagi terfikir2.. but I text my former boss engineering kat Malaysia.. tanya patut ke tak patut pindah.. dia straight away kata “go”.. then I decided to go.. bukannya orang lain tak member impact.. but.. I need confirmation.. giteww.. hehe..

worry pun ada.. sebb ucu bukan la seorang yg suka membaca benda bosan ni.. ucu ibaratkan contracts ni mcm subject sejarah la.. maklumla.. sejarah pun tak pernah lulus.. hehehe.. lagi nak baca ni semua.. huhuu.. risau uols.. but I watched one utube sblm tu.. dia kata “kita kena buat sesuatu yg kita rasa kita tak boleh buat, barulah kita tahu kita mampu ke tidak”.. inspiration gitu.. bimbang juga gagal.. but ucu akan cuba sehabis baik.. kalau I take it personal.. kenangkan sakit hati sebb boss ready to give away diri ini ke department lain.. haha.. mmg tak pindah la.. tp kenangkan career.. ucu pindah.. bak kata husband.. “forget about your personal.. think about your career”.. hati kata mahu tp otak kata jangan.. saya pilih ikut kata hati.. hehehehe..
well now.. I’m still in transition period.. ajar kawan ni keje procurement and dia tunjuk keje dia sikit2 kat ucu.. susah juga nak ajar tentang procurement tu.. sebb benda tu makan masa.. everyday dia kena belajar.. heheh.. hopefully ucu can perform well.. and sangat2 bersyukur diberi peluang..
okay.. tu jek.. will write again..

p/s: stop being afraid of what could go wrong and think of what could go right.

Bukan sempurna

Diri ini melihat bagaimana seorang ibu dinafikan haknya sebagai seorang ibu. Pilu luluh hatinya. Seolah-olah ibu itu tidak wujud. Menumpang kasih dengan saudara mara. Menangis hati dan mata ketika mengenang kisahnya. Dari hati terseksa, kembali kepada Allah adalah yang terbaik buatnya. Kita kena ingat, tidak kiralah ibu atau ayah, wajib untuk kita menghormati mereka. Siapa pun mereka, walau bagaimana sikap mereka.. wajib untuk kita menghormati mereka. Wajib itu tiada kompromi. Buat dapat pahala. Biadab bukan perkara enteng apatah lagi terhadap ibu bapa. Tingginya nada suara sudah cukup buat mereka kecil hati. Menangis hati mereka tiada siapa yang tahu. Pasti menjadi igauan jika terkasar bahasa, terfikir-fikir bagaimana cara untuk meminta maaf. Darah orang muda memang mudah meluap-luap untuk menunjuk rasa marah. Sehingga lupa adab dan dosa terhadap ibu bapa. Jangan kita lupa siapa yang membesarkan kita. Susah payah mereka. Apatah lagi kalau kita dtg dari keluarga biasa-biasa. Bersusah payah memberi kita makan, menjaga ketika sakit supaya kita membesar dengan sempurna. Berusaha mencari duit untuk selesa.

Menghormati ibu bapa adalah dituntut oleh Allah. Banyak kebaikannya, banyak hikmahnya. Percayalah, restu ibu bapa terhadap kita membawa kepada keberkatan rezki dan kebahagiaan hidup. Tanpa sedar Allah beri nikmat yang tidak disangka-sangka. Rahmat Allah sentiasa dirasai. Kerana itu orang yang susah tetap rasa bahagia dan insyallah bertambah rezkinya. Bila dekat memang tidak terasa, bila jauh.. hati terasa-rasa untuk bersama. Bila hidup mereka dilupa, bila tiada.. menyesal tidak cukup menabur jasa kepada mereka. Dalam kita mencari dan mengejar bahagia untuk kita, jangan dilupa tentang mereka. Mereka juga berhak utk rasa bahagia dan disayangi.

Cukup cerita tentang ibu bapa kali ini, yang penting sentiasa berbuat baik dan juga bersangka baik terhadap mereka.

p/s: andai mampu ku ulang masa lalu

Cekodok pisang dan teh berkelas tinggi

walaupun cekodok pisang ni gelap hitam tp rasa dia sedap.. memang hitam itu menawan, bergaya dan menarik.. contoh macam cekodok ni la.. sedap.. tapi kalau hati yang hitam.. hati tu busuk.. memang takde maknanya orang lain nak rasa kebaikannya.. banyak2lah ingat tuhan dan minta supaya bersihkan hati agar suci bersih..

cekodok pisang ni ucu minum dengan western high grown tea dr sri lanka.. well.. nampak tak disitu?.. kalau dah sedap.. gelap mcamana pun.. tetap boleh duduk sama taraf dengan teh yg ditanam ditempat tinggi.. sama la jugak mcm kita.. kalau kulit ko hitam berkilat.. tp hati baik.. mesti org suka kita.. sama je taraf kita dgn semua orang.. yg penting baik hati.. hati kena ikhlas.. kalau suka dengki sana sini.. org pun tak suka.. tapi kalau kita kacau orang tak tentu pasal.. rajin2 tanya diri sendiri.. “adakah aku yang tak bahagia atau aku yang sakit jiwa?” hmmm.. jawab sendirilah ye.. sebb hati itu kau yang punya.. bukan aku!

20140802-213611-77771394.jpg

p/s: jangan sampai terputus ubat ye..