Tawakal

Bermula pada akhir tahun 2014 hingga sekarang, harga minyak dunia tidak begitu memberangsangkan.. drpd harga beraturs2 dollar per barrel.. turun ke bawah 60 dollar per barrel.. untuk yang bekerja di dalam industry oil and gas pasti akan terganggu.. mcm tu jugak company ucu ni.. kelmarin.. berpuluh puluh orang telah dibuang kerja.. kesian pulak ucu pd mereka terutamanya pd mereka yg ada anak2 sekolah dan komitmen yg tinggi.. yg ada loan lagi la kan.. ucu bersyukur masih kerja.. tapi dalam hati ucu ni risau juga.. mana la tau kan.. sekarang ni ucu hanya kerja macam biasa (of course la kan.. ada ke kerja luar biasa.. hehe) and tawakal aje pada Allah.. tapi still weh.. dalam kepala ni dah macam2 fikir.. kerja tetap kena kerja.. masih ada mak.. nak bagi mak rasa duit ucu sehingga akhir hayatnya.. and banyak lagi yang perlu di capai dan banyak lagi impian yang melibatkan duit ni.. hehe..

apa pun.. syukur pada Allah dan terus tawakal.. semoga rezeki ucu masih ada di sini dan Allah terus memberi tanpa henti..

InsyaAllah

p/s: Rezeki itu rahsia Allah.